eKelas Live Tutorial (Bahasa Inggeris)

27 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2019, sesi live tutorial bersama eKelas telah berlangsung seperti biasa untuk subjek Bahasa Inggeris. Seorang pelajar Tahun 6 telah menghadiri sesi ini. Sesi eKelas ini telah diadakan bermula jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak.

Berdasarkan jadual yang telah diedarkan oleh pihak Maxis sebelum ini, minggu ke-11 adalah merupakan minggu ulangkaji. Pelajar-pelajar mengulangkaji topik berkaitan simple present tense dan simple past tense. Pelajar juga diberikan soalan-soalan bagi menguji kefahaman mereka mengenai topik yang dibincangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali